THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

what do you think about my blog?

Wednesday, April 21, 2010

TeKnOlOgI MaKlUmAt !!!!



Definisi teknologi di dalam bidang pendidikan

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah kemahiran terkini yang sewajarnya dikuasai oleh setiap pendidik.Information and,communication technology bermaksud pengguna maklumat dalam bentuk teks, grafik, rajah, dan sumber lainnya boleh berinteraksi dan berkomunikasi menerusi internet atau intranet dengan menggunakan peralatan teknologi seperti komputer, modem, router dan talian telefon.

Menurut Crowell (1971), "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" Uhwin Derek (1976) pula menyatakan "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran

Dalam tradisi Islam dan orang-orang beragama , teknologi dalam apa bentuk pun tetap dilihat sebagai alat. Teknologi memudah dan mempercepatkan dan ia bukan matlamat. Sifat teknologi berkembang,produknya kreatif dan inovatif kerana tradisi penyelidikan sentiasa melihat ke hadapan.

Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions”.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Kesimpulannya boleh dikatakan Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran Dalam konteks pengurusan ICT di sekolah, semua data dan maklumat pengurusan sekolah dapat diuruskan dengan lebih sistematik menerusi aplikasi rangkaian komputer. Suatu cara yang sistematik dalam mencorak, melaksana, dan menghaluasi proses keseluruhan pembelajaran

Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan

Input baru dalam pembangunan teknologi menyebabkan ia mampu masuk ke dalam setiap sektor kehidupan manusia dan kesannya terhadap pengguna amat luar biasa. Sifat perubahan dan perkembangan teknologi adalah dinamik kerana fokus penyelidikan di Barat amat berkembang. Dalam dunia pendidikan, kepentingan alat dan matlamat berjalan seiring. Sekiranya teknologi dilihat sebagai alat, ada aspek lain yang lebih penting iaitu membangunkan personaliti pelajar supaya peka mengenai pentingnya alat. Tetapi , dalam masa yang sama tidak mengurangkan matlamat pendidikan itu sendiri iaitu membentuk sahsiah dann sistem nilai yang baik. Ini bagi memastikan di samping kekayaan sumber maklumat dan ketrampilan, alat itu sekaligus membangun nilai murni seperti keikhlasan, kejujuran,, amanah, kecemerlangan dan ketelusan.

Kementerian pelajaran sangat komited untuk menjadikan kira-kira 5 juta pelajar di negara ini celik teknologi maklumat (IT) menjelang 2010. Dengan bajet RM2.3 billion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk ICT, kementerian mensasarkan semua pelajar akan menguasai literasi ICT secukupnya menjelang tempoh berkenaan. Literasi ICT bermakna pelajar akan menggunakan komputer dan peralatan elektronik lain menerusi bahan perisian multimedia serta internet untuk mengakses, menggunakan, mengumpul dan menganalisis semua sumber pembelajarn yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran yang mereka perlukan.

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Walaupun negara-negara Eropah, telah mula menggunakan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan sejak awal tahun 60an namun di negara kita penggunaan teknologi dalam pendidikan masih belum mencapai tahap yang maksimum Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. KPM berhasrat untuk menggunakan ICT untuk semua pelajar, bermaksud ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah, ICT sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri dan seterusnya untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Guru besar menjadikan prasarana dan kemudahan ICT di sekolah untuk melonjakkan prestasi akademik dan non-akademik pelajar. Kemudahan ICT serta bahan pembelajaran dalam bentuk muitimedia dan internet membolehkan guru besar memastikan elemen pembelajaran konstruktif, pembelajaran masteri, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran koloboratif dan elemen pembelajaran bestari lain dapat dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini akan membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

Kemudahan internet seperti E – mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW) , Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita, File Transfer Protocal (FTP) boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai bagi merancangan aktiviti yang kemas dan teratur supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu guru boleh menggunakan kemudahan internet ini untuk berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesame guru, ibu bapa pelajar dan pihak jabaatan serta kementerian.Mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal serta bertukar dan berkongsi pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ia juga menghubungkan agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Kemudahan internet membantu murid berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Mereka dapat berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. Ia juga menggalakkan perkembangan terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara serta memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on –line”. Ini akan membantu pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia, membiaskan diri dengan aplikasi komputer, serta menjalankan aktiviti kumpulan. Secara keseruhannya pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa dan kemahiran berkomunikasi.

Isu dan cabaran pengintegrasian teknologi di dalam bidang pendidikan

Program teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah adalah antara usaha terbaik Kementerian Pelajaran Malaysia supaya pelajar dapat menggunakan ICT dan komputer. Walaubagaimanapun kementerian menghadapi kesukaran dan halangan dalam implikasinya kerana ramai guru tidak memiliki kemahiran ICT. Halangan ini mungkin dalam bentuk sikap, persekitaran, perkakasan dan dana untuk menguruskan kelancaran konsep dan program itu di sekolah.

Sekiranya perbelanjaan kerajaan menerusi KPM dijadikan sandaran untuk melihat sejauh mana program ICT di sekolah sedang dilaksanakan, kita yakin pelaksanaannyaa sangat responsive dan kompetetif. Sebagai contoh, mengikut sumber KPM menjelang 2010 sebanyak 95 peratus daripada 9000 sekolah akan dilengkapkan dengan infrastruktur ICT. KPM sudah membina 4500 makmal komputer dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) manakala 4500 akan disiapkan dalam RMK-9. Di samping itu prasarana sokongan lain ialah 99,000 komputer, 4,600 server, 97,000 laptop, 7,000 pemapar Kristal Cecair (LCD) dan 14,000 televisyen bagi TV pendidikan di sekolah.

Berdasarkan fakta, tiada halangan besar bagi sekolah untuk melaksanakan program ICT kerana semua prasarana disediakan sebaik mungkin. Malah Sekolah Luar Bandar, Sekolah Kurang Murid (SKM) dan pedalaman di sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali menikmati kemudahan dan prasarana menerusi peruntukan ICT kementerian. Walaupun kementerian Pelajaran sangat komited terhadap pelaksanaan program ini untuk manfaat pelajar namun wujud beberapa halangan utama untuk merealisasikan program ini. Terdapat beberapa isu dalam pelaksanaan program ICT di sekolah. Masih ada sebahagian guru yang belum jelas tentang program ICT. Kekaburan ini menyebabkan guru kurang maklumat dan tatacara bagaimana seharusnya program ICT dilaksanakan. Bagaimana pun, mutakhir ini kementerian Pelajaran mempergiatkan usaha memperjelaskan semua kekaburan ini dengan memberikan latihan.

Faktor latihan juga menjadi halangan yang melambatkan pelaksanaan ICT di sekolah. Pelaksanaan Sekolah Bestari menuntut semua guru diberikan latihan dan kemahiran ICT. Latihan yang diperlukan antaranya ialah dalam bidang membaikpulih alat dan perkakasan komputer, aplikasi dan perisian komputer, internet dan laman web, serta membina dan membangunkan bahan pengajaran komputer.

Bahagian Teknologi pendidikan (BTP) di kementerian dan negeri serta Pusat kegiatan Guru (PKG) sememangnya giat memberi latihan ICT kepada guru supaya proses pembestarian dapat dipercepatkan. Namun jumlah guru yang melebihi 30,0000 orang berbanding jumlah kemampuan BTP negeri yang terhad tidak memungkinkan semua guru mendapat latihan dalam masa yang singkat. Selain itu, latihan dalam bidang ICT turut dikelola oleh jabatan pelajaran negeri,Pusat Perkembangan Kurikulum dan agensi swasta yang ditauliahkan.

Kekurangan khidmat bantuan teknikal juga memberikan kesan kepada proses memperkasakan program ICT sekolah. Khidmat bantuan teknikal merangkumi proses baik pulih alat dan perkakasan komputer dan internet. Kementerian pelajaran kini sedang pesat melantik juruteknik komputer untuk ditempatkan di sekolah. Namun begitu jumlah juruteknik yang telah dilantik belum menyamai jumlah sekolah yang besar. Usaha melantik mereka masih berterusan tetapi pada masa yang sama jumlah kerosakan yang perlu dibaikpulih terus bertambah. Situasi ini menyebabkan proses pengajaran dan pebelajaran yang melibatkan penggunaan dan program ICT di sekolah terhalang.

Kekurangan kepakaran untuk mereka bentuk bahan pembelajaran yang berkesan (Instructional Design) dalam kalangan guru menyebabkan sebahagian bahan pembelajaran dalam bentuk ICT tidak memenuhi keperluan pelajar, kurang interaktif dan bersifat terlalu akademik. Kemahiran mereka bentuk bahan pembelajaran bermaksud kebolehan membangunkan bahan pembelajaran berasaskan objektif pengajaran yang jelas, pelbagai aras kebolehan, pelbagai aras teknik latihan, bersifat interaktif dan berpusatkan pelajar. Bahan pembelajaran ICT tidak boleh bersifat terlalu akademik, seolah-olah mengganti buku teks dengan memasukkan semua maklumat dan gambar. Ia seharusnya bersifat eksplorasi, interaktif dan menyeronokkan pelajar pada pelbagi aras kebolehan. Dengan kata lain, pereka bentuk perlu memahami ciri pelajar yang bakal menggunakan bahan berkenaan.

Proses pembestarian menerusi program ICT di sekolah masih perlahan. Implikasinya sebahagian sekolah belum memperkasakan sepenuhnya program ICT seperti program akademik atau kokurikulum. Keadaan ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti sistem pendidikan yang terlalu mementingkan peperiksaan, guru kurang jelas mengenai aktiviti yang sesuai untuk pelajar dari aspek ICT, pertandingan dalam bentuk aktiviti dan bahan ICT sama ada pada daerah, negeri atau nasional masih belum menyerlah serta belum konsisten.

Dalam usaha kearah merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi, dan tahap keupayaan murid, KPM telah mengenal passti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,ekuiti dan kualiti dapat dipertingkatkan dalam pelbagai aspek. Selaras dengan matlamat tersebut, fokus terhadap keperluan merapatkan jurang digital bagi murid berkeperluan khas merupakan salah satu agenda KPM. Ini membawa pelbagai perancangan dalam aspek ICT bagi murid berkeperluan khas seperti projek rintis pembestarian sekolah serta inisiatif-inisiatf ICT lain.

Perkembangann ICT dalam Pendidikan Khas telah memberi peluang kepada murid keperluan khas menikmati pendidikan seiring dengan murid-murid normal. Namun demikian program ICT menghadapi beberapa isu dan cabaran dalam implementasinya kepada murid-murid berkeperluan khas. Perisian (courseware) yang terdapat di pasaran adalah sangat terhad dan kurang sesuai untuk murid berkeperluan khas terutama bagi kategori masalah pembelajaran. Di samping itu, kepelbagaian kecacatan murid berkeperluan khas memerlukan peralatan dan perisian khusus secara individu dan ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dipenuhi kerana kekangan sumber kewangan dan sumber manusia. Selain daripada itu terdapat juga peralatan dan perisian di luar negara yang boleh diguna pakai bagi murid berkeperluan khas di Malaysia tetapi ini akan melibatkan kos yang tinggi. Wujud juga kurang kepakaran untuk membina perisian yang sesuai untuk murid berkeperluan khas. KPM juga berhadapan dengan masalah jaringan rangkaian di mana bagi pengelompokan sekolah murid orang asli, dan Penan,lokasi sekolah adalah di kawasan pedalaman dan sukar untuk mendapat akses penuh kepada jaringan rangkaian, Internet dan kemudahan komunikasi lain seperti telefon dan satelit.

Bagi memastikan di samping kekayaan sumber maklumat dan ketrampilan, teknologi ini sekaligus membangun nilai murni seperti keikhlasan, kejujuran, amanah, kecemerlangan dan ketelusan. Hal ini menjadi semakin relevan kerana aspek keinsanan menjadi semakin pupus lantaran pengaruh kebendaan akibat dan tarikan penggunaan teknologi canggih menyebabkan merosotnya sentuhan keinsanan sehingga watak yang robotic dan mekanistik menjadi semakin dominan dan akhirnya manusia hilang watak asasi iaitu kemanusiaannya. Sebagai contoh, kejuruteraan genetic yang menjadi asas kepada sains pengklonan bukan saja menimbulkan masalah moral dan etika, ia juga menyentuh tentang tata cara kehidupan manusia mengaturkan sumber yang pelbagai secara tertib. Tetapi pada masa yang sama memberi kesan terhadap sistem kekeluargaan dan kebudayaan sesuatu bangsa atau masyarakat.

Teknologi dalam tradisi orang yang mempunyai sistem nilai selamanya dilihat sebagai alat dan bukannya matlamat.Matlamat pada teknologi terletak kepada fungsi dan juga kandungannya. Komputer umpamanya adalah alat bagi mendapatkan maklumat sebanyak-banyaknya. Jika maklumat itu berguna untuk mempertingkat akal budi manusia, ia bakal mendatangkan manfaat. Sekiranya bahan yang disajikan adalah ganas dan lucah sifatnya, ia bakal memberi kesan sebaliknya kepada pengguna khususnya pelajar.

Isu yang berbangkit tidak saja dalam hal membuat pilihan terbaik tetapi cabaran untuk pembangunan program dan perisian supaya ada tanggungjawab moral untuk menghasilkan input yang serasi dengan fitrah insan.

Globalisasi memberikan fokus kepada pembangunan teknologi canggih. Ia menjadi tanda aras terhadap kemajuan sesebuah negara, Isu teknologi tinggi menjadi fokus utama bagi perombakan dasar pendidikan sesuatu negara kerana ada tanggapan bahawa perkembangan teknologi mempunyai kaitan rapat dengan kemajuan manusia dan sesebuah negara. Daripada satu sudut pandangan ini tidak salah. Tetapi kalau dilihat pendidikan antara fokus pentingnya ialah memberikan keutamaan kepada pembangunan insan, menjadikan pembangunan teknologi tinggi harus seimbang dengan mentality pengguna, objektif teknologi itu dihasilkan dan jenis serta kualiti perisian dan program yang ditawarkan.

Hal ini penting dibangkitkan supaya pembangunan teknologi tinggi dalam sistem pendidikan tidak sampai menghasilkan insan robotik dan mekanistik yang hilang citarasa keinsanannya. Citarasa keinsanan memberikan insan asas pedoman yang manusiawai supaya gelagat haiwani tidak mengambil tempat. Dewasa ini kita melihat bagaimana teknologi dalam media elektronik umpamanya disalahgunakan untuk maksud nafsu yang akhirnya akan menjerumuskan manusia memiliki sifat rakus, gelojoh, dan tabiat keji yang lain.

Inilah cabaran penting kalangan ilmuan dan penyelidik menghasilkan teknologi yang sifatnya menyantuni generasi muda supaya kualiti bina insan yang terlihat terdiri di kalangan anak yang mempunyai sumber maklumat dan pertambahan ilmu di samping kualiti akhlak tinggi. menjadikan teknologi sebagai alat yang memberi kemudahan dan kecanggihan urusan manusia adalah suatu tanggungjawab dan pada masa sama membangun minda kepenggunaan sihat adalah isu yang seiringan dengannya.

Masalah penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan

Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah. Namun demikian beberapa masalah wujud dalam penggunaan teknologi secara menyeluruh di dalam bidang pendidikan.

Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap penggunaan internet. Menurut Zoraini (2000) dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad. Sunal (1996) mendapati pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada internet oleh pelajar. Namun demikian perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pengetahuan dan pengalaman seseorang guru adalah terhad terhadap penggunaan internet.

Membekalkan dan menyelenggara peralatan komputer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaikpulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mepunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baikpulih dan penyelenggaraan komputer.

Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya.

Keistimewaan internet ialah tiada seorangpun yang memilikinya dan mengawalnya. Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet . Oleh yang demikian, guru perlu berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan pelbagai sumber serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.

Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan memberi kesan kepada pemilihan. Oleh itu guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin mencari maklumat yang dikehendaki daripada internet.

Teknologi komputer telah menjadi kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang iaitu dengan hanya menggunakan arahan file:save as pada pemapar web. Biasanya maklumat yang terdapat di internet diperolehi secara percuma. Dari sudut undang-undang, adalah menjadi kesalahan apabila seseorang menyiarkan semula sesuatu maklumat di web tanpa kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Namun demikian, terdapat ramai orang yang menyalin dan mempergunakan maklumat dan gambar grafik dari internet tanpa menghiraukan masalah hakcipta .

Sehubungan dengan itu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 diwujudkan bagi melindungi hak cipta intektual pengeluar multimedia melalui pendaftaran produk di internet,perlesenan dan pemerolehan royalty. Di samping itu juga, akta ini melindungi dan menjaga bahan-bahan perantaraan seperti program komputer, teks, gambar rajah, foto, imej dan lain-lain yang dilindungi oleh akta hak cipta.

Penghasilan bahan pengajaran secara talian di kalangan guru masih lagi di tahap yang rendah. Ini disebabkan kebanyakan para guru tidak mempunyai pengalaman untuk membina laman web. Kekurangan kemahiran ini telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara talian.

Selain itu, penyediaan pembelajaran secara talian memakan masa yang panjang berbanding penyediaan pengajaran secara traditional.Tambahan pula beban kerja ini tidak diikuti dengan kenaikan gaji.Beban tugas utama yang dihadapi oleh para guru adalah menyediakan tugasan secara talian dan membalas e-mel pelajar. Tugas membalas emel pelajar memakan masa yang lama kerana ia melibatkan penulisan yang bertaip. Ini berbeza dengan pembelajaran yang dijalanakan di dalam kelas di mana pengajar perlu memberi penerangan dalam pengajarannya secara lisan dan respons daripada pelajar dapat diperolehi secara spontan dalam kelas

Guru memerlukan kemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap penggunaan yang optima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah.. Namun demikian, kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internet untuk satu atau dua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja. Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapat komputer dalam kelas. Ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membeli komputer dan membuat penyelenggaraan komputer.

Penggunaan internet walaupun ada kebaikan terdapat kekurangan dimana pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga dan masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai; sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak.

Kesimpulan

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat sekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang seperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

Friday, March 12, 2010

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

My World...

Thursday, February 25, 2010

My World


Well its my new day in Blogger...I wish i can share all my feelings in this special place....And also for my friends don't be shy to add me as your friend and lets share some new things....thank you...